All posts by Alif Ceria

REGISTRATION 2021

Pendaftaran untuk sesi persekolahan 2021 telah dibuka mulai:

  • Isnin, 21 September 2020 (untuk pendaftaran semula pelajar 4 & 5 tahun sesi 2020 dan pendaftaran baru adik-beradik kepada pelajar sesi 2020 sahaja).
  • Isnin, 28 September 2020 (untuk pendaftaran baru Alumni Alif Ceria 2015-2019).
  • Khamis, 1 Oktober 2020 (untuk semua pendaftaran baru selain daripada 2 kategori di atas).

Sila ambil maklum perkara-perkara penting berikut:

  1. Pendaftaran adalah secara ‘first come first serve’.
  2. Semua ibubapa baru yang pertama kali mendaftar ke Alif Ceria dan ibubapa alumni 2010-2018 WAJIB menghadiri sesi taklimat ringkas di tadika untuk penerangan tentang terma & syarat pendaftaran, perincian yuran tahunan dan bulanan, peraturan-peraturan tadika dan program serta kurikulum yang digunapakai di Alif Ceria. Tarikh temujanji untuk sesi taklimat adalah mulai Sabtu, 17/9/2020. Semua temujanji akan dibuat pada hari Sabtu sahaja.
  3. Pendaftaran adalah secara online sepenuhnya di www.alifceria.com.my/ACIS dan kelulusan akan diberi tertakluk kepada kehadiran pada sesi taklimat (bagi pelajar baru) dan juga rekod bayaran bulanan (bagi pelajar lama).
  4. Pihak tadika tidak mengamalkan konsep ‘booking’ atau ‘deposit’. Yuran pendaftaran perlu dijelaskan setelah kelulusan diberi.
  5. Sila hubungi nombor-nombor berikut untuk sebarang pertanyaan dan penetapan tarikh temujanji:Presint 14: 038893 5431 (Teacher Ros)
    Presint 16D: 038861 4919 (Teacher Afiqah)
    Presint 16F: 038861 8527 (Teacher Wawa)
    Presint 11: 038861 5908 (Teacher Mai)

    atau

    Klik www.wasap.my/+60132412337 (Presint 14 & Presint 16F) atau www.wasap.my/+60132410678 (Presint 16D & Presint 11)

    Terima kasih.

Alif Ceria 10th Year Reunion & Makan-makan!

Time flies so fast that in a blink of an eye, Alif Ceria is now 10, Alhamdulillah! We would like to celebrate our 10 years together with you – kids, parents, teachers, partners, friends and families, who have been there with us since 2010. Without you, we would not be here today.

Date: Saturday, 14 December 2019
Time: 10am – 2pm
Venue: Tadika Alif Ceria Presint 11, Jlan Jati Bukit P11/4, Presint 11, Putrajaya.

Please feel free to bring along friends who are interested to be part of our big family and receive a special token when they enroll for 2020 intake.

And kids, do come, fun activities await you!
#pettingzoo #mrclown #hennapainting #andmanymore

Kindly RSVP before 6/12/2019 #untukbudgetmakanan
👇👇👇👇👇
https://aliveinvite.com/alifceriaisten

For enquiries, please Whatsapp +60132412337.

Jemput datang ye!
xoxo Teacher Ima & Teacher Liz
& all teachers of Alif Ceria 💕

Registration 2020

Pendaftaran untuk sesi persekolahan 2020 telah dibuka mulai:

  • Isnin, 19 Ogos 2019 (untuk pendaftaran semula pelajar 4 & 5 tahun sesi 2019 dan pendaftaran baru adik-beradik kepada pelajar sesi 2019 sahaja).
  • Isnin, 9 September 2019 (untuk semua pendaftaran baru selain daripada 2 kategori di atas).

Sila ambil maklum perkara-perkara penting berikut:

  1. Anak-anak yang berumur 4 dan 5 tahun pada sesi 2019 perlu mendaftar semula jika berminat untuk meneruskan persekolahan di Tadika Alif Ceria pada tahun hadapan.
  2. Keutamaan mendaftar awal mulai 19/8/2019 akan diberikan kepada ibubapa sesi 2019 untuk mendaftarkan semula anak untuk sesi tahun hadapan termasuk mendaftarkan anak yang baru. Walau bagaimanapun, selepas tarikh 9/9/2019, pendaftaran adalah secara ‘first come first serve’ kerana ibu bapa baru akan mula mendaftar.
  3. Semua ibubapa baru yang pertama kali mendaftar ke Alif Ceria dan ibubapa alumni 2010-2016 WAJIB menghadiri sesi taklimat ringkas di tadika untuk penerangan tentang terma & syarat pendaftaran, perincian yuran tahunan dan bulanan, peraturan-peraturan tadika dan program serta kurikulum yang digunapakai di Alif Ceria. Tarikh temujanji untuk sesi taklimat adalah mulai Isnin, 26/8/2019. Semua temujanji akan dibuat hanya selepas jam 2 petang.
  4. Adalah dimaklumkan juga tempat adalah terhad terutamanya bagi sesi ‘daycare’ di Presint 14, Presint 16D dan Presint 16F. Bagi pendaftaran untuk Bdr Saujana Putra, semua permohonan akan diberikan status “Senarai Menunggu” sehingga kuota 35 orang pelajar dipenuhi.
  5. Pendaftaran adalah secara online sepenuhnya di www.alifceria.com.my/ACIS dan kelulusan akan diberi tertakluk kepada kehadiran pada sesi taklimat (bagi pelajar baru) dan juga rekod bayaran bulanan (bagi pelajar lama).
  6. Pihak tadika tidak mengamalkan konsep ‘booking’ atau ‘deposit’. Yuran pendaftaran perlu dijelaskan setelah kelulusan diberi.
  7. Sila hubungi nombor-nombor berikut untuk sebarang pertanyaan dan penetapan tarikh temujanji:

Presint 14: 038893 5431 (Teacher Ros)
Presint 16D: 038861 4919 (Teacher Liyana)
Presint 16F: 038861 8527 (Teacher Alwani)
Presint 11: 038861 5908 (Teacher Afiqah)
Bdr Saujana Putra: 035103 4535 (Teacher Wawa)

atau

Klik www.wasap.my/+60132412337

Terima kasih.