Testimonial Ibubapa Alif Ceria 2016

testimony

Dalam memilih tadika/prasekolah untuk anak-anak, pendapat atau testimoni ibubapa merupakan tips utama yang perlu diambilkira. Mendengar atau membaca pendapat dan penilaian ibubapa yang pernah menghantar anak mereka, secara tidak langsung akan memberikan “good feelings” dan membantu untuk membuat keputusan.

Alif Ceria, Alhamdulillah dengan izinNya, sejak tahun pertama penubuhan pada 2010, telah berkembang hasil “word of mouth” dan juga testimoni-testimoni daripada ibubapa yang berpuashati. Secara ikhlasnya, niat kami mahu lebih ramai ibubapa yang didedahkan dengan konsep belajar sambil bermain yang menyeronokkan, tanpa sebarang beban peperiksaan untuk anak-anak di usia 4 hingga 6 tahun.

Kami kongsikan di sini ringkasan antara maklumbalas yang kami terima daripada ibubapa:

  • Modul/silibus pembelajaran yang menyeluruh dan seimbang dunia dan akhirat
  • Modul tanpa peperiksaan dan belajar sambil bermain
  • Kaedah pengajaran yang bagus, kreatif dan menarik
  • Cara pembelajaran bermain sambil belajar yang sesuai dengan anak-anak
  • Cara didikan dan asuhan yang memupuk nilai-nilai yang baik (on being kind)
  • Kemahiran sosial anak bertambah baik
  • Sahsiah dan akhlak anak semakin baik (good manners and well behave)
  • Anak telah pandai membaca, mengira, menulis, melukis, mewarna
  • Anak telah pandai berdikari
  • Anak suka pergi ke sekolah
  • Anak seronok dan semakin minat belajar
  • Anak telah boleh mendirikan solat
  • Anak telah boleh menghafaz doa-doa harian dan surah-surah pendek beserta maknanya
  • Anak semakin rajin di rumah
  • Anak mengaplikasikan apa yang dipelajari di tadika di rumah
  • Keyakinan diri anak meningkat
  • Anak-anak tidak terbeban dengan peperiksaaan
  • Anak lebih berani menyuarakan pendapat dan bijak berkomunikasi
  • Disiplin anak bertambah baik
  • Kaedah fonetik yang membuatkan anak cepat membaca
  • Pengurusan tadika yang cekap, sistematik dan efisyen
  • Premis tadika yang bersih dan selesa
  • Yuran bulanan yang kompetitif dan berbaloi
  • Penguasaan Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu lebih baik
  • Aktiviti-aktiviti dalam dan luar tadika yang menyeronokkan
  • Persekitaran yang bagus, menarik dan sesuai untuk anak-anak
  • Sangat menitikberatkan subjek yang diajar
  • Pentingkan hubungan kasih sayang dan kerjasama antara anak-anak dan guru
  • Guru-guru yang berpengalaman dan terlatih, berdedikasi, pandai berinteraksi dengan anak-anak dan bertanggungjawab
  • Persekitaran yang membina
  • Kelengkapan tadika yang mencukupi
  • Anak bersedia untuk ke Tahun 1 – akademik dan sahsiah
  • Pendidikan asas yang baik
  • Meningkatkan keinginan anak untuk belajar
  • Pengalaman belajar melalui lawatan-lawatan luar tadika

Terima kasih kepada ibubapa yang sentiasa memberikan sokongan. Kerjasama dan hubungan dua hala yang positif antara pihak tadika dan ibubapa adalah antara kunci utama kepada kejayaan anak-anak Alif Ceria, InsyaAllah.

Senarai penuh testimoni ibubapa boleh dibaca selanjutnya di http://www.alifceria.com.my/testimonials